Monday, August 15, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita




Firman Allah SWT: “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu  dan mengukuhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7).
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah.Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.Lalu gerak hatinya mengatakan,dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

Benarkah seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Cuba perhatikan cara dia berpakaian,cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.Adakah ia spontan atau kelihatan pelik? Kalau dia berasa kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.Tetapi,apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dialah calon yang sesuai untuk kita.
2.Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersama,tidak ada sedikitpun perasaan bosan,jemu ataupun tertekan pada diri kita.Semakin hari semakin sayang kepada dirinya.Kita sentiasa tenang,gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya.Rasa senang sekali apabila bersama.Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.Ketiadaanya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan,dia tidak ambil peduli.Dia juga tidak mengambil kisah siapa diri kita sebelum ini.Yang penting,siapa kita sekarang.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hokum agama.Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan milik kita.Apabila berjauhan,kejujuran menjadi faktor penting bagi suatu hubungan.Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.Adakalanya perlu dikongsi agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Bagi mereka yang berjodoh,sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka berasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakannya yang lain dan kita pasti pasti rahsia kita   selamat.Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang,kita dan dia perlulah bekerjasama melalui hidup ini.Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan sesuatu perkara walaupun remeh atau sukar.Segala kerja yang dilakukan ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan beban pasangan.Perkara yang penting ialah kita dan dia dapat melalui semua ini denagn melakukannya bersama-sama.


7.Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh,dia mestilah memahami diri pasangannya.Semasa kita sakit dia bawa kita ke klinik.Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.Apabila kita mengalami kesusahan,dia menjadi pembantu.Di kala kita sedang berleter,dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,dialah calon yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini.Pasti kita mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu.Bagi dia yang sudah bersedia menjadi teman hidup kita,dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan sedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.Malah,dia tidak segan mempamerkan keburukan dan kelemahan dirinya kepada kita.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan keburukan masing-masing,memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata Hati
Dengarlah kata hati.Kadangkala,manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini kita dapat tahu perasaan masing-masing.Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita,tanyalah diri kita sekali lagi.Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.Serahkan segalanya pada ketentuan Allah.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semunya ditangan Allah SWT.Apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk,insya-Allah dengan izinNya kita mendapat petunjukNya.Jika dia jodoh kita,buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak,tolaklah dia dengan baik.Setelah semuanya diusahakan,berserahlah kepadaNya dan terus berdoa.Ingatlah,nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat kekal selamanya.

0 comments:

Post a Comment

sembang-sembang jom...