Wednesday, October 26, 2011

MASIH ADA KE LELAKI MACAM NI SEKARANG?

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. 

Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Monday, October 3, 2011

Sudah sempurna ke kita bertudung?

Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai tajuk untuk assignment agama saya iaitu penghayatan islam. tajuk ini berkisar tentang kewajipan wanita untuk menutup aurat. tajuk ini untuk pamplet saya dalam assignment itu. barakallah....

Kenapa wanita Islam wajib menutup aurat?

Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu.”

 BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERHATIKAN?
Rasullullah S.A.W. telah  bersabda:
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)

MUKA DAN TANGAN
                  Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W. dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasullullah S.A.W, “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Surah An-Nisaa ayat 34, Allah S.W.T. berfirman: “Kaum lelaki adlah pemimpin bagi kaum wanita.”
Sepotong ayat dari Surah Al– A’raf ayat 26, Allah S.W.T. berfirman: “Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya hati telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.”

MUKA DAN LEHER

“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah engkau menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu.”
A) Bersolek (make-up)
B) Menurut Miqtil: Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.”

DADA

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka.”


WANGIAN

“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina.” (Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah Dan Hibban)

KAKI (Tumit Kaki)

“Dan janganlah mereka (perempuan) membentukkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (An– Nur: 31)

KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN?

“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka(anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan.” (An-Nur: 31)

RENUNGAN
 Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum,maka ia termasuk dari golongan mereka.”
(Riwayat Abu Daud,disahihkan oleh Ibn Hibban)
Pada masa kini ramai wanita suka memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..Jadi gayanya tak ubah seperti birawati kristian juga.Setelah kita tahu,jauhilah dari memakai sebegini…
Renungkanlah hadis dan firman dibawah:
“…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” 
[An-Nur:31]

 Sabda Rasulullah saw:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

(Hadith Riwayat Ahmad)
  

sembang-sembang jom...